RAHASIA

Monday

Engkau ajukan pertanyaan: mengapa fikiranmu bersimpang siur mengapa dukacita tidak terlepas daripadamu. Wahai Pelindung diriku apabila aku mendatangi Mu dengan diriku aku kecundang fikiranku tidak bisa menjurus jiwaku tidak bias tenang keraguan tidak terpisah dari diriku. Pengalaman ini membuatku mengerti mengenali Mu bukanlah dengan diriku pengenalan Mu adalah dengan Diri Mu. Cahaya Mu yang menyatukan segala fikiran cahaya Mu yang membakar segala kerisauan. Daku bukakan hatiku sambil memohon: wahai ar-Rahman! penuhilah hatiku dengan cahaya Mu tanpa cahaya Mu mana mungkin daku melihat Mu. 7: RAHSIA Bagaimana hendak ku serahkan zat rahsiaku kepada-Mu? ini adalah persoalan besar. Engkau ucapkan: katakanlah: Roh adalah urusan Tuhanku. Rahsia adalah rahsia mana boleh diterka hanya daku perlu meyakini ia adalah urusan Tuhanku mengapa aku cuba memikul urusan Tuhan serahkan hak Tuhan kepada Tuhan.. Wahai Tuhanku Engkau mengetahui zat rahsiaku daku sendiri tidak mengetahuinya tanpa pengetahuanku tentangnya daku serahkannya kepada Mu terimalah, terimalah, terimalah daku tidak heran bagaimana Engkau menerima zat rahsiaku kerana Engkau yang paling rahsia Pemilik segala rahsia.
Comments
0 Comments

0 comments:




(HAPPY BLOGGING)

Next Prev Home
*

traffic

Kembali ke ATAS