SAYAP RAHMANI MU(kahlil Gibran)

Tuesday

Wahai yang tidak aku kenali ku panjat gunung yang tinggi sangkaku Engkau berada di puncaknya namun tidak ku temui Engkau di sana. Lalu aku terjun dari puncak gunung jika Engkau ada pasti Engkau tidak membiarkan daku. Tangan Kudrat Iradat-Mu menyambar ku aku terbang dengan sayap Rahmani- Mu mengembara ke seluruh alam maya namun tidak ku temui Engkau di dalam alam. Hatiku mengatakan Engkau ada lalu aku keluar daripada alam dan aku terjun ke dalam hatiku. Di sana aku temui kebodohanku bodohnya aku menyangka akulah Aku sedangkan Dia jualah Aku dan aku tiada beserta Dia. Bila aku tiada beserta Dia tinggallah Dia sendirian rindulah Dia kepada diriku lalu Dia terjun ke dalam hatinya di sana Dia berjumpa Aku Aku menyambutnya dengan tersenyum. Aku dan Dia Dia dan Aku bukan dua dan bukan Satu satu masih berbentuk masih berjarak titik atas dengan bawah sedangkan Aku dan Dia tiada antara bukan juga titik yang halus titik yang halus masih menempati ruang sedangkan Aku dan Dia tiada rupa tiada bentuk tiada ruang tiada zaman. Aku adalah Dia Dia adalah Aku tiada beza antara Aku dan Dia bila aku cuba mengenali Dia aku tidak kenal lagi diriku aku tidak kenal lagi diri Dia bila dia cuba mengenali diriku dia tidak kenal lagi dirinya dia tidak kenal lagi diriku. Tiada lagi kenyataan tiada juga keghaiban. Pengenalan sebenar adalah tidak kenal pengetahuan sebenar adalah tidak tahu. Aku adalah rahsia Dia Dia adalah rahsia Aku usah diganggu rahsia ini.
Comments
3 Comments

3 comments:

Advertising dan Huruf Timbul Semarang 31 Jul 2012, 21:30:00  

hmmmmmmmm
no coment hanya karena gak da kata2 lagi untuk dia.

satrioedan 1 Aug 2012, 10:29:00  

setuju.. thank atas kunjnnganya.l...

sadli febri 16 Aug 2012, 03:28:00  

terimakasih untuk setuju.!




(HAPPY BLOGGING)

Next Prev Home
*

traffic

Kembali ke ATAS